Salam Sejahtera & اسلام عليكم ورحمة الله تعالى وبركاته

Terima kasih kerana mengunjungi Blog Wasiat / Will Writing ini. InsyaAllah agar kita bersama dapat berkongsi serba sedikit tentang ilmu pengurusan harta pusaka ini.

Sabda Rasulullah s.a.w.

" Orang yang malang adalah orang yang tidak sempat membuat wasiat"

(Riwayat Ibnu Majah)

TAHUKAH ANDA?

Wasiat mempercepatkan pengurusan harta pusaka tanpa kerenah birokrasi.


Apa itu WASIAT?

Wasiat merupakan dokumen penyelesaian pusaka berbentuk arahan kepada Wasi untuk menyempurnakan segala hasrat Pewasiat termasuklah melaksanakan perancangan dan pengagihan harta selepas kematian.


Mengapa perlu tulis WASIAT?

Berwasiat merupakan tindakan mulia untuk menzahirkan keinginan pewasiat terhadap pembahagian hartanya agar dapat diagihkan untuk tujuan kebajikan dan kepada keluarga tersayang selepas kematiannya.

a. Pelantikan Wasi melalui dokumen Wasiat akan memudahkan pengurusan dan pentadbiran harta pusaka selepas kematian.

b. Mengurangkan pertikaian antara waris-waris, kerana mereka hanya perlu megikut perancangan yang telah disusun oleh Pewasiat.

c. Pelantikan Penjaga yang dipercayai melaui Wasiat akan menjamin kebajikan dan kepentingan anak-anak bawah umur selepas kematian anda.

d. Mengurangkan bebanan yang terpaksa ditanggung oleh waris-waris yang ditinggalkan.

e. AmanahRaya Berhad sebagai Pelaksana (Executor) dalam urusan pembahagian harta pusaka dengan cepat dan profesional.

f. Harta terpelihara, bermaksud tidak terjual, tidak tergadai atau tidak dibekukan kerana Pewasiat telah menyatakan keinginannya tentang bagaimana hartanya perlu diurus dan dibahagikan.


Apa yang boleh diWASIATkan?

Harta dan Pesanan

1a. Harta Tetap; seperti tanah, rumah, kedai, kolam ikan, lombong, bendang dan sebagainya.

b. Harta Alih; selain tanah dan rumah, seperti EPF, kereta, motor, polisi insurans, akaun bank, sijil saham, keris, ikan kelisa, antik, perhiasan dan sebagainya.

2. Pesanan dan nasihat yang baik kepada waris.

Sabda Rasulullah s.a.w.

"Barangsiapa meninggal dunia dengan berwasiat, nescaya dia mati di atas jalan ini dan sunnah. Dia mati dalam keadaan bertaqwa, bersyahadah dan diampunkan"
(Riwayat Ibnu Majah)

Monday, November 16, 2009

Soalan-soalan lazim : WASIAT

.
1. WASIAT

.
  • Siapakah Wasi dan apa peranannya?
Wasi ialah individu atau organisasi yang dilantik dan berperanan untuk menguruskan pentadbiran harta pusaka serta menjalankan arahan-arahan lain di dalam wasiat.
  • Bolehkah saya menulis Wasiat sedangkan hutang saya melebihi daripada aset?
Anda boleh menulis wasiat, akan tetapi hutang anda akan diselesaikan dahulu sebelum pembahagian ke atas baki harta pusaka boleh dibuat kepada waris-waris.
  • Apakah dokumen yang perlu dikumpulkan dalam penyediaan wasiat?
Dokumen-dokumen yang perlu adalah salinan kad pengenalan Pewasiat dan Waris, surat beranak waris dan dokumen yang menunjukkan hak Simati atas sesuatu harta seperti geran tanah atau rumah, nombor akaun simpanan dan sebagainya.

Soalan-soalan lazim : PENTADBIRAN HARTA PUSAKA

.
1. PENTADBIRAN HARTA PUSAKA

.
  • Apakah yang akan terjadi sekiranya Pentadbiran Harta Pusaka tidak dilaksanakan?
Harta Pusaka anda akan dibekukan atau terbiar dan segala transaksi aset tidak dapat dilaksanakan. Waris-waris akan menghadapi kesulitan kewangan kerana tidak dapat memanfaatkan harta yang telah ditinggalkan.
  • Siapakah yang boleh mewarisi harta simati?
Sekiranya Simati seorang yang beragama Islam, waris-waris yang layak ialah sebagaimana ditetapkan dalam hukum Faraid seperti bapa, ibu, isteri, suami, anak lelaki, anak perempuan, cucu lelaki, cucu perempuan dan sebagainya. Bagi yang bukan beragama Islam, waris adalah sebagaimana dinyatakan dalam Akta Pembahagian 1958 (Distribution Act 1958) seperti ibu, bapa, suami, isteri, anak-anak dan zuriat keturunannya.
  • Apakah yang dimaksudkan dengan Faraid?
Faraid ialah hukum pewarisan dan ketentuan hak terhadap pembahagian harta pusaka bagi orang Islam berdasarkan Al-Quran, Sunnah dan Ijma'Ulama.
  • Bilakah permohonan Pentadbiran Harta Pusaka wajar dilakukan?
Secepat yang mungkin, sebaik-baiknya dalam tempuh 6 bulan dari tarikh kematian. Permohonan awal adalah penting bagi mengelakkan kehilangan dokumen-dokumen penting dan berlakunya kematian berlapis kepada waris-waris kerana ini akan menambahkan bilangan waris sehingga akhirnya proses penyelesaian menjadi rumit dan sukar diselesaikan.
  • Siapakah yang dimaksudkan dengan pemegang Surat Kuasa Mentadbir?
Pemegang Surat Kuasa Mentadbir atau biasa juga disebut "Pentadbir" ialah individu atau organisasi dilantik oleh Pentadbir Tanah melalui Perintah Pembahagian Harta Pusaka Kecil atau Mahkamah melalui Perintah Pusaka Tidak Berwasiat melebihi RM 600,000. Tugas mereka ialah untuk mentadbir harta pusaka simati dengan menyediakan inventori dan menerima aset dan liabiliti serta membuat bayaran bagi waris apabila perintah pembahagian dikeluarkan.

Proses Pengurusan Harta

.

Keratan Akhbar

.
Keratan Akhbar " Tiga Sebab Melayu Abai Wasiat"



Keratan Akhbar "Anak Ibu Berbalah Mohon Junjung Quran"


Keratan Akhbar "Doktor Dituduh Tipu Pembahagian Pusaka"


Keratan Akhbar "Adik Dakwa Kakak Anak Luar Nikah"