Keratan Akhbar " Tiga Sebab Melayu Abai Wasiat"



persediaan hari ini, kemudahan hari esok...
Salam Sejahtera & اسلام عليكم ورحمة الله تعالى وبركاته
Terima kasih kerana mengunjungi Blog Wasiat / Will Writing ini. InsyaAllah agar kita bersama dapat berkongsi serba sedikit tentang ilmu pengurusan harta pusaka ini.
" Orang yang malang adalah orang yang tidak sempat membuat wasiat"
TAHUKAH ANDA?
Wasiat mempercepatkan pengurusan harta pusaka tanpa kerenah birokrasi.
Apa itu WASIAT?
Wasiat merupakan dokumen penyelesaian pusaka berbentuk arahan kepada Wasi untuk menyempurnakan segala hasrat Pewasiat termasuklah melaksanakan perancangan dan pengagihan harta selepas kematian.
Mengapa perlu tulis WASIAT?
Berwasiat merupakan tindakan mulia untuk menzahirkan keinginan pewasiat terhadap pembahagian hartanya agar dapat diagihkan untuk tujuan kebajikan dan kepada keluarga tersayang selepas kematiannya.
a. Pelantikan Wasi melalui dokumen Wasiat akan memudahkan pengurusan dan pentadbiran harta pusaka selepas kematian.
b. Mengurangkan pertikaian antara waris-waris, kerana mereka hanya perlu megikut perancangan yang telah disusun oleh Pewasiat.
c. Pelantikan Penjaga yang dipercayai melaui Wasiat akan menjamin kebajikan dan kepentingan anak-anak bawah umur selepas kematian anda.
d. Mengurangkan bebanan yang terpaksa ditanggung oleh waris-waris yang ditinggalkan.
e. AmanahRaya Berhad sebagai Pelaksana (Executor) dalam urusan pembahagian harta pusaka dengan cepat dan profesional.
f. Harta terpelihara, bermaksud tidak terjual, tidak tergadai atau tidak dibekukan kerana Pewasiat telah menyatakan keinginannya tentang bagaimana hartanya perlu diurus dan dibahagikan.
Apa yang boleh diWASIATkan?
Harta dan Pesanan
1a. Harta Tetap; seperti tanah, rumah, kedai, kolam ikan, lombong, bendang dan sebagainya.
b. Harta Alih; selain tanah dan rumah, seperti EPF, kereta, motor, polisi insurans, akaun bank, sijil saham, keris, ikan kelisa, antik, perhiasan dan sebagainya.
2. Pesanan dan nasihat yang baik kepada waris.
"Barangsiapa meninggal dunia dengan berwasiat, nescaya dia mati di atas jalan ini dan sunnah. Dia mati dalam keadaan bertaqwa, bersyahadah dan diampunkan"(Riwayat Ibnu Majah)